CEO Sapura Energy umumkan persaraan

0
2008
Gambar: Astro Awani

Sapura Energy Berhad mengumumkan persaraan Sapura Energy mengumumkan Presiden, yang juga CEO kumpulan berkenaan bersara bersara hari ini setelah menerajui syarikat tersebut selama 25 tahun. Tampuk kepimpinan kumpulan syarikat akan diambil alih oleh Datuk Mohd Anuar Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy bermula 23 Mac 2021.

Pelan peralihan ini diumumkan tahun lepas, menjelang tempoh persaraan Tan Sri Shahril pada usia 60 tahun pada 22 Mac 2021.

Tan Sri Shahril Shamsuddin mengasaskan Sapura Energy pada pertengahan 90-an dan membina kumpulan syarikat tersebut yang bermula sebagai diving kontraktor sehingga menjadi syarikat bersepadu minyak dan gas bertaraf dunia.

Antara legasi yang ditinggalkan adalah modal insan yang berkemahiran tinggi dan aset strategik dalam penggalian, kejuruteraan dan pembinaan, penerokaan dan pengeluaran dan yang terbaru, pembinaan kincir angin luar pesisir

Kumpulan syarikat berkenaan telah bertapak di lebih 20 buah negara, dengan tenaga kerja antarabangsa berjumlah 11,000 pekerja mewakili 37 negara, bekerja dari 12 pusat operasi seluruh dunia. Warganegara Malaysia mewakili sekitar 86 peratus dari kesuluruhan tenaga kerjanya.