Uzma peroleh kontrak wireline bernilai RM180 Juta

0
1930

Uzma Berhad, umumkan peroleh kontrak ‘wireline’ dari PETRONAS Carigali Sdn. Bhd (PCSB) menerusi Uzma Engineering Sdn Bhd (UESB), sebuah anak syarikat milik penuh Uzma Berhad.

Dalam kenyataan dikeluarkan kepada Bursa Malaysia harini, kumpulan syarikat tersebut telah menerima Letter of Award (LOA) untuk kontrak Electric Wireline Logging (EWL) (Non-Rig Assisted – Primary: West Package & Optional: East Package) selama tiga (3) tahun

Kontrak kerja yang diterima adalah untuk perkhidmatan dan peralatan Non-Rig Assisted (NRA) Electric Wireline Logging (EWL) West Malaysia dan East Malaysia (optional scope) untuk downhole logging, perforation dan well integrity evaluations.

Kontrak tiga tahun tersebut bermula pada 3 Mac 2021 sehingga 2 Mac 2024, manakala nilai kontrak adalah sekitar RM180,000,000.00 sepanjang tempoh kontrak

Sebelum ini, Uzma Berhad umumkan menerima kontrak bagi kerja-kerja Hydraulic Workover di Thailand

Saham Uzma menyaksikan penurun sebanyak 1.5 sen (1.84%), ditutup pada 80 sen pada akhir urusniaga harini.