Petronas Carigali ambil alih hab gas E11 dari Shell

0
3287

PETRONAS menerusi anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengumukan mengambil alih pengendalian hab gas E11, yang terletak sejauh 130 kilometer luar pesisir Bintulu, Sarawak, berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Hab E11 yang mengeluarkan hasil petroleum sejak 1982 di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran MLNG, dikendalikan oleh Sarawak Shell Bhd (SSB) selama 38 tahun yang lalu.

Naib Presiden Aset Malaysia PETRONAS, Bacho Pilong, berkata PETRONAS berterima kasih kepada SSB kerana mengendalikan hab gas E11 dengan cara yang cekap dan bertanggungjawab selama lebih tiga dekad.

Saya gembira SSB dan Petronas telah melaksanakan semua aktiviti yang diperlukan sejak Julai 2019 untuk memastikan penyerahan hab E11 yang lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Hari ini menandakan pencapaian penting bagi PCSB sebagai pengendali hab E11 yang sangat penting dalam memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, stabil dan bersih ke dalam pasaran, sambil terus membangunkan Sarawak sebagai hab gas serantau,” katanya dalam satu kenyataan.