PETRONAS catat keuntungan bersih RM35.2 billion

0
939

Petronas mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM35.2 bilion untuk sembilan bulan pertama 2021, dengan perolehan sebanyak RM171.4 bilion.

Prestasi yang bertambah baik itu disumbangkan oleh harga komoditi yang lebih tinggi, disokong oleh pemulihan dalam permintaan tenaga apabila ekonomi utama pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Bagi sembilan bulan pertama 2021, perolehan kumpulan meningkat kepada RM171.4 billion, peningkatan 27% berbanding RM134.7 billion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini berikutan peningkatan harga jualan produk utama di samping peningkatan jumlah jualan terutamanya bagi produk LNG dan gas jualan.

Bagi suku ketiga tahun berakhir 30 September 2021, Kumpulan syarikat mencatatkan perolehan sebanyak RM61.8 billion, peningkatan 50 peratus berbanding RM41.1 billion pada suku yang sama tahun lepas berikutan peningkatan harga jualan produk utama, tetapi diimbangi oleh penurunan jumlah jualan minyak mintah dan kondensat.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, prestasi kewangan suku ketiga PETRONAS menunjukkan tumpuan tanpa henti pihaknya terhadap kecemerlangan operasi dan komersial kumpulan itu.

“Kami terus memastikan kebolehpercayaan operasi kami untuk memanfaatkan pemulihan dalam permintaan tenaga global, dengan keselamatan kakitangan dan aset kami sebagai keutamaan kami.

“PETRONAS akan terus mengekalkan dan mengukuhkan portfolio utamanya disamping mengembangkan perniagaan tenaga baharu untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih selamat, bersih dan lebih pantas kepada pelanggan kami pada harga yang kompetitif, mengukuhkan peranan kami sebagai rakan kongsi tenaga.

“Ke hadapan, PETRONAS akan meneruskan strategi pertumbuhan serampang tiga mata dan Pelepasan Bersih Sifar Karbon menjelang 2050 dengan aspirasi untuk menyumbang ke arah peralihan tenaga yang bertanggungjawab dan adil,” katanya satu dalam kenyataan.

Sumber: PETRONAS