Rig PP101 peroleh kontrak drilling

0
2292

Icon Offshore harini mengumumkan memperoleh kontrak bagi penyediaan perkhidmatan pelantar penggerudian “jack-up” kepada Petrofac (Malaysia-PM304) Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata kontrak bagi pelantar “jack-up” Perisai Pacific 101 diterima oleh anak syarikat yang baru diambil kumpulan berkenaan iaitu Perisai Offshore Sdn Bhd (POSB) dengan anggaran kontrak bernilai US$ 13.3 million (RM 53.85 million).

Baca sini: Icon Offshore umum pembelian rig PP101 dari Perisai Petroleum

POSB merupakan anak syarikat baru diambil alih oleh ICON melalui pengambilalihan 51% kepentingan POSB daripada Perisai Petroleum Teknologi Berhad.

Menurut ICON, POSB telah menerima surat setuju terima (Letter of Award) daripada Petrofac untuk projek penggerudian mereka yang dijangka bakal bermula sekitar April 2021 selama 180 hari untuk lapan (8) telaga (wells) tetap dan lanjutan pilihan untuk tiga (3) telaga.

Petrofac (Malaysia-PM304) Ltd adalah antara pengeluar minyak dan gas di lapangan Semenanjung Malaysia. Baca sini untuk maklumat lanjut mengenai syarikat pengeluar minyak dan gas di Malaysia

Like dan follow Vertical Well di Facebook dan LinkedIn untuk maklumat terkini industri minyak dan gas tempatan