PTTEP temui telaga gas baru Offshore Sarawak

0
1416
Sumber: PTTEP

PTTEP mengumumkan membuat penemuan telaga gas baru melalui telaga Paprika-1 yang terletak dalam Blok SK410B Offshore Sarawak.

Sebelum ini, PTTEP dan rakan kongsinya; KUFPEC dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd telah membuat penemuan dalam blok yang sama melalui telaga Lang Lebah.

PTTEP merupakan syarikat pengeluar Minyak dan gas yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand. Pada 2019, PTTEP telah mengambil alih kepentingan Murphy Oil Corporation di Malaysia dengan nilai transaksi USD 2.1 Billion.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTT Exploration & Production Company Limited (PTTEP), Mr. Montri Rawanchaikul, sebuah anak syarikatnya di Malaysia iaitu PTTEP HKO telah memulakan proses penggalian telaga penerokaan Paprika-1 tersebut pada Julai 2022. Telaga berkenaan digali sehingga kedalaman 3,348 meter dan menemui gas pada takungan clastic.

Paprika-1 merupakan telaga penerokaan pertama PTTEP di Malaysia untuk tahun 2022 dan berjaya disempurnakan dengan penemuan ‘sweet gas’. Penemuan ini membolehkan penilaian lebih lanjut dijalankan bagi membangunkan Lapangan SK401B. Selain itu, penemuan ini juga membuka peluang bagi PTTEP untuk membangunkan Northern Sarawak Clastic Hub secara strategik.

SK410B terletak di perairan cetek, kira-kita 90km luar pesisir Miri, Sarawak dan bersebelahan Blok SK417 yang juga terdapat penemuan gas pada tahun lepas melalui telaga Dokong-1.

PTTEP HHKO adalah pengendali atau ‘operator’ bagi blok SK410B dengan pegangan 42.5 peratus manakala KUFPEC dengan pegangan juga 42.5 peratus dan selebihnya dipegang PETRONAS Carigali Sdn Bhd dengan 15 peratus pegangan.

Sejak mmemulakan operasinya di Malaysia, PTTEP telah membuat beberapa siri penemuan Minyak dan gas baru. Antaranya adalah melalui telaga Lang Lebah di Blok SK410B pada 2019 yang disifatkan penemuan gas terbesar dalam sejarah syarikat tersebut. Selain itu, terdapat penemuan lain juga dibuat seperti Dokong-1, Nangka-1, Sirung-1 dan Kulintang-1.

Related Posts: PTTEP umum penemuan melalui telaga Dokong-1 di Blok SK417,