PETRONAS, Aerodyne teroka kerjasama bagi teknologi berasaskan dron

0
1283

Anak syarikat berkaitan teknologi PETRONAS, PETRONAS Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB) telah memeterai perjanjian bersama strategik bersama Aerodyne Oil and Gas Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Aerodyne bagi meneroka peluang kerjasama penggunaan dron secara komersial

Kerjasama itu menyaksikan satu lagi langkah penting perjalanan kelestarian PETRONAS, dengan meningkatkan penggunaan teknologi berasaskan dron dalam industri tenaga untuk memacu operasi optimum di samping mengurangkan jejak karbon serta meningkatkan keselamatan di tempat kerja.

Ini juga adalah sebahagian daripada usaha PETRONAS untuk membolehkan operasi jarak jauh dan autonomi dijalankan dengan memperluaskan penggunaan robotik dan pendigitalan.

Satu memorandum kerjasama telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 21 April lalu. PTVSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mahpuzah Abai dan pengerusi PTVSB, Dr Nasir Darman, yang juga Ketua Pegawai Teknologi PETRONAS.

Manakala, Aerodyne diwakili oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kamarul A. Muhamed serta Pengarah Aerodyne Oil & Gas, Karim Hamzah.

Kepentingan teknologi berasaskan dron ini dicerminkan dengan penubuhan Pusat Dron PETRONAS bagi memudah cara penggunaannya.

PETRONAS telah berjaya melaksanakan penghantaran antara pelantar bagi muatan seberat lima kilogram dalam jarak lima kilometer.

Menerusi kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan turut meneroka daya maju ekonomi dan teknikal bagi penggunaan dron dengan muatan yang lebih berat pada jarak yang lebih jauh bagi meningkatkan kecepakan logistik serta kepantasan.

Sumber: PETRONAS