Rig Borr Idun mulakan operasi di Malaysia

0
5427
Borr Gunnlod

Borr Drilling Limited umumkan telah menerima Letter of Award (LOA) daripada Vestigo Petroleum, sebuah syarikat operator minyak dan gas di Malaysia, untuk rig jack up miliknya, Idun

Menurut Borr Fleet Status yang dikeluarkan, Borr Idun bakal memulakan operasinya bersama Vestigo Petroleum Mac 2021, dengan kontrak ditandatagani sehingga Januari 2022.

Vestigo Petroleum merupakan anak syarikat PETRONAS Carigali Sdn Bhd yang memfokuskan kepada medan minyak kluster yang kecil dan marginal.

Jack up rig tersebut berada dalam keadaan ‘warm stacked’ di Malaysia sejak Ogos 2020 hingga Februari 2021. Sebelum itu, Borr Idun telah menamatkan operasinya bersama Japan Vietnam Petroleum Company (JVPC) di Vietnam sekitar Ogos 2020

Idun merupakan rig jack up jenis KFELS Super B Bigfoot Class yang dibina pada 2013 dengan keupayaan beroperasi pada kedalaman air sehingga 350 kaki dan mampu menggali telaga sehingga kedalaman 35,000 kaki.

Kemasukan Borr Idun ke Malaysia menjadikannya rig ‘jack up’ keempat milik Borr Drilling beroperasi di Malaysia selepas Mist, Saga dan Gunnlod, yang masing-masing sedang beroperasi bersama Roc Oil dan PTTEP

Borr Drilling Limited merupakan kontraktor ‘drilling’ antarabangsa yang tersenarai di Oslo Stock Exchange dan New York Stock Exchange. Syarikat ini mempunyai dan mengendalikan rig ‘jack up’ premium dan moden berspesifikasi tinggi.