Projek Pembinaan Bayan MOPU memasuki fasa ‘Keel Laying’

0
1496

Syarikat minyak dan gas tempatan, T7 Global Bhd mengumumkan projek pembinaan Bayan MOPU telah memasuki fasa ‘Keel Laying’ iaitu fasa kedua dalam pembinaannya di tapak pembinaan kapal Qingdao, China

MOPU tersebut bakal dipasang di lapangan Bayan, luar pesisir Sarawak apabila siap kelak. MOPU tersebut adalah bagi projek pembangunan gas Bayan fasa 2 milik Petronas Carigali Sdn Bhd.

Pada Januari 2021, T7 Global Bhd, menerusi anak syarikat miliknya, Tanjung Offshore mengumumkan dilantik Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan pajakan, operasi dan penyelenggaraan unit pengeluaran luar pesisir mudah alih (Mobile Offshore Production Unit – MOPU) untuk Fasa Kedua Projek Pembangunan Semula Gas Bayan (Bayan MOPU Project).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani N Hassan Thani berkata projek ini mengukuhkan lagi keputusan syarikat untuk menceburi pasaran Mobile Offshore Production Facility (MOPU)

MOPU Bayan yang dibina mempunyai kapasiti memproses gas sehingga 120 million standard cubic feet setiap hari dan dijangka membolehkan Petronas Carigali Sdn Bhd meningkatkan penghasilan gas dari lapangan Bayan.