SapuraOMV jual aset di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy

0
3001

SapuraOMV Upstream (Malaysia) menjual keseluruhan kepentingannya di dalam SapuraOMV Upstream (PM) Inc kepada Jadestone Energy PLC pada harga AS$9 juta (RM37 juta).

Penjualan itu membabitkan aset-aset pengeluarannya yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

SapuraOMV adalah syarikat usahasama antara Sapura Energy Bhd dan OMV Exploration & Production GmbH, anak syarikat OMV Aktiengesellschaft yang berpengkalan di Austria.

Menerusi pembelian ini, Jadestone Energy akan mengambil alih kepentingan dalam empat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di mana dua (2) daripadanya sebagai pengendali atau operator antaranya adalah PM323, PM329, PM318 dan AAKBNLP Production Sharing Contracts. Dua PSC dimana SapuraOMV sebagai operator adalah PSC PM329 (70% kepentinga) yang terdiri daripada medan East Piatu dan PSC PM323 (60% kepentingan) yang terdiri daripada medan East Belumut, West Belumut dan Chermingat.

Purata pengeluaran asetnya di Semenanjung Malaysia ketika ini adalah sekitar 6,000 tong minyak sehari.

Penyelesaian urus niaga tertakluk kepada kelulusan peraturan daripada PETRONAS dan rakan usaha sama dalam Aset PM iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan harini, kumpulan berkenaan berkata penjualan ini akan membolehkan SapuraOMV untuk memberi tumpuan kepada penemuan sumber yang kami temui di luar pesisir Sarawak dan peluang penerokaan di Australia Barat.