T7 Global peroleh kontrak dari PCSB dan PTTEP Malaysia

    0
    1071

    Syarikat perkhidmatan minyak dan gas tempatan, T7 Global Berhad mengumumkan memperoleh dua (2) kontrak dengan nilai berjumlah sekitar RM150 juta di bawah segmen tenaga syarikat berkenaan bagi perkhidmatan telaga bersepadu dan pengoperasian dan juga perniagaan penyelenggaraan.

    Kontrak tersebut diperoleh daripada:

    • Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PETRONAS Carigali) bagi perkhidmatan bersepadu “plug and abandonment” untuk lapangan M3, bermula 14 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2022; dan
    • PTTEP Sabah Oil Limited dan/atau PTTEP Sarawak Oil Limited dan/atau PTTEP HK Offshore Limited (dirujuk sebagai kumpula PTTEP) bagi kerja-kerja penyelenggaran dan alat ganti generator nitrogen Gastec, bermula 2 Julai 2021 sehingga 1 Julai 2023.

    Kontrak M3 yang diterima Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd. di bawah Pan Malaysia Umbrella Contract bagi kerja-kerja bersepadu well services bagi “intervention, workover and abandonment” untuk PETRONAS dan Petroleum Arrangement Contractors (PACs) sejak 20 September 2019. Di bawah kontrak berkenaan, Tanjung Offshore Services akan terlibat dalam kerja-kerja bersepadu well services bagi workover dan well abandonment di Malaysia.

    Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, kumpulan syarikat berkata mereka amat berbesar hati memperoleh kontrak dari PETRONAS Carigali dan Kumpulan PTTEP. Kontrak PTTEP ini menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan penyelesai bagi keseluruh rantaian Gastec On-site Nitrogen Generation System di fasiliti mereka.

    Sementara itu, mengenai kontrak bersepadu well services, penganugerahan kontrak M3 ini adalah projek kedua dari PETRONAS Carigali untuk kerja-kerja “plug and abandonment” bagi 10 telaga, selepas arahan kerja bagi perkhidmatan bersepadu “Plug and Abandonment untuk projek Pulai-A bertarikh 29 March 2021. Projek Pulai-A telah berjaya disempurnakan dengan lima (5) telaga berjaya di ditutup dengan selamat dan disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan.

    Sumber: T7 Global