Senarai syarikat pengeluar minyak dan gas di Malaysia

0
21573
Oil & Gas E&P Companies in Malaysia

Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak dan gas utama di rantau Asia Pasifik dengan purata pengeluaran harian bersamaan 1.7 juta tong minyak (boe) pada 2018 [1] . Hasil bumi yang dikeluarkan ini adalah gabungan pengeluaran seluruh lapangan minyak dan gas yang dikendalikan oleh pelbagai syarikat dari dalam dan luar negara.

Syarikat-syarikat ini adalah Petroleum Arrangement Contractors (PAC) yang telah membuat perjanjian Kontrak Perkongsian Pengeluaran, (Production Sharing Contracts -PSC) dengan Petronas sebagai yang bertindak sebagai ‘Custodian’ kepada hasil petroleum di Malaysia. PSC ini membolehkan syarikat-syarikat ini meneroka, membangunkan dan mengeluarkan hasil minyak dan gas dari bumi Malaysia yang bertuah ini.

Sudah tentu anda mengenali nama-nama besar seperti Petronas Carigali, Shell dan ExxonMobil.

Namun tahukah anda, terdapat pelbagai lagi syarikat-syarikat PAC ini yang turut beroperasi di Malaysia. Menurut Petronas Activity Outlook 2021-2023 yang dikeluarkan pada 31 Disember 2020, terdapat 30 Petroleum Arrangement Contractors (PAC) yang beroperasi di Malaysia setakat Oktober 2020.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi senarai syarikat-syarikat PAC ini. Dan untuk makluman, tidak semua PAC ini mempunyai platform yang sudah terpacak di tengah lautan dan mengeluarkan hasil minyak dan gas. Sesetengahnya masih dalam fasa penerokaan dimana mereka masih membuat kajian, aktiviti seismik, exploration drilling dan banyak lagi manakala sebahagian pula merupakan pelabur-pelabur dalam sesuatu PSC. Jadi tidak hairanlah, ramai yang belum tahu akan kewujudan syarika-syarikat ini.

  1. PETRONAS CARIGALI SDN BHD (PCSB)

Petronas Carigali yang merupakan unit huluan (upstream) Petronas yang menjalankan aktiviti penerokaan dan pengeluaran (Exploration & Production – E&P ) hasil petroleum. PCSB adalah pengendali lapangan minyak dan gas terbesar di Malaysia dengan anggaran sebanyak 60% daripada jumlah fasiliti offshore di Malaysia.

Website: https://www.petronas.com

2. Shell

Shell mempunyai sejarah minyak dan gas tersendiri di Malaysia dan telah bertapak lebih 100 tahun. Malah, Shell merupakan syarikat pertama yang menjumpai telaga minyak di Malaysia, iaitu di Canada Hill pada tahun 1910.

Website: https://www.shell.com.my/about-us/what-we-do/shell-in-malaysia/upstream.html

3. ExxonMobil

Umum mengetahui, ExxonMobil telah sekian lama bertapak di Malaysia dan merupakan salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di Semenanjung Malaysia. Exxonmobil mengendalikan empat (4) production sharing contracts (PSCs), menghasilkan satu perlima hasil minyak Malaysia dan separuh dari bekalan hasil gas asli untuk Semenanjung Malaysia.

Baca juga: ExxonMobil senarai pendek pembida aset di Malaysia

Website: https://corporate.exxonmobil.com/

4. PTTEP

PTT Exploration and Production (PTTEP) adalah syarikat yang berpengkalan di Thailand dan merupakan nama baharu dalam industri minyak dan gas di Malaysia. Dengan kesemua aset terletak di Sarawak dan Sabah, PTEP telah menjadi salah satu pengeluar utama hasil petroleum di Malaysia selepas mengambilalih 100% kepentingan Murphy Oil’s Corporation Malaysia pada 2019 dengan nilai USD 2.1 Billion.

Website: https://www.pttep.com/en/Home.aspx

5. Repsol

Repsol Malaysia mengambil alih kepentingan Talisman Energy di Malaysa sekitar tahun 2015. Syarikat yang beribu pejabat di Sepanyol ini mempunyai lapangan minyak dan gas yang terletak di offshore Semenanjung Malaysia (PM3) dan offshore Sabah (Kinabalu)

Website: https://www.repsol.com/en/repsol-worldwide/asia/malaysia/index.cshtml

6. HESS

HESS Malaysia mengendalikan lapangan gas di North Malay Basin (offshore Semenanjung Malaysia). Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini mula menhasilkan gas dari lapangan ini pada 2013.

Baca juga: Hess Malaysia selesai pembinaan MRU untuk Bergading CPP, HESS deliver first gas from North Malay Basin Phase 2

Website: https://www.hess.com

7. Petrofac

Petrofac mengendalikan lapangan PM304 yang terdiri daripada lapangan Cendor dan West Desaru, terletak di offshore Semenanjung Malaysia.

Website: https://www.petrofac.com/en-gb/home/

8. Enquest

Enquest mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 2014 setelah mengambil alih lapangan PM8 dan Seligi dari ExxonMobil.

Pada Disember 2019, Enquest beroleh hak untuk mengendalikan blok PM409, offshore semenanjung Malaysia.

Website: https://www.enquest.com/

9. SapuraOMV

SapuraOMV (Sapura Upstream Sdn Bhd) adalah syarikat usahasama yang ditubuhkan antara Sapura Energy dan OMV Aktiengesellschaft (OMV AG), syarikat minyak dan gas berpangkalan di Austria. Pada November 2018, OMV telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih 50% kepentingan dalam Sapura Energy E&P, anak syarikat Sapura Energy yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran (Exploration & Production) hasil minyak dan gas.

Baru-baru ini SapuraOMV mengumumkan kejayaan mengeluarkan ‘first gas’ dari lapangan Larak dan Bakong. Manakala, SapuraOMV juga dalam perancangan untuk membangunkan lapangan Jerun, offshore Sarawak.

Baca sini:
Sapura Energy dan MMHE pembida kontrak platform Jerun CPP, Offshore Sarawak,
SapuraOMV achieves first gas for Larak field,
SapuraOMV achieves first production from it’s Bakong Field

10. International Petroleum Corporation (IPC)

IPC, sebelum ini dikenali sebagai Lundin, adalah syarikat E&P hasil pemisahan (spin off) entiti berkenaan pada 2017, untuk aset selain Norway, dari syarikat induk iaitu Lundin Petroleum. Namun, IPC masih lagi sebahagian dari Lundin Group. IPC mengendalikan lapangan Bertam offshore Semenanjung Malaysia dalam Blok PM307.

Website: https://www.international-petroleum.com/operations/malaysia/

11. Vestigo Petroleum

Vestigo Petroleum, adalah anak syarikat milik penuh Petronas Carigali, yang ditubuhkan bagi memberi fokus pada aktiviti pembangunan dan pengeluaran lapang minyak dan gas dengan matlamat mengoptimumkan pengeluaran dari satu kluster telaga yang kecil, marginal dan matang, melalui kaedah operasi, teknikal dan berkesan kos.

Website: http://vestigopetroleum.com/

12. JX Nippon

JX Nippon Oil and Exploration (NOEX) adalah syarikat minyak dan gas dari Jepun yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran hasil petroleum. Di Malaysia, JX Nippon mengeluarkan hasil minyak dari Blok SK10, lapangan Layang dan Helang, offshore Sarawak.

Website: http://www.nex.jx-group.co.jp/english/activity/southeast_asia/malaysia.html

13. Mubadala Petroleum

Mubadala Petroleum telah bertapak di Malaysia sejak 2010. Syarikat yang berpangkalan di Abu Dhabi ini adalah pengendali kepada blok SK320, offshore Sarawak. Dalam satu kenyataan pada 2018, Mubadala akan membangunkan lapangan Pegaga, lapangan pertamanya di Malaysia, dengan pembinaan sebuah Integrated Central Processing Platform (ICPP).

Baca juga: Dayang raih kontrak maintenance dari Mubadala Petroleum

Website: http://www.mubadalapetroleum.com/our-operations/map/detail/malaysia

14. Hibiscus Petroleum

Hibiscus Petroleum, menerusi anak syarikatnya Sea Hibiscus Sdn Bhd, adalah antara pemain industri minyak dan gas tempatan yang terlibat dalam aktiviti ‘exploration & prodcution’. Pada 2018, Hibiscus mengumumkan pengambilalihan 50 peratus kepentingan dalam empat medan minyak offshore Sabah daripada Shell.

Website: https://www.hibiscuspetroleum.com/

18. ConocoPhilips

Syarikat minyak dan gas dari AS ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2000. Di Malaysia, ConocoPhillips mempunyai kepentingan dalam pelbagai fasa, bermula dengan penerokaan (exploration), pembangunan (development) dan pengeluaran (production). Antara blok pengeluaran dimana ConocoPhillips menpunyai kepentingan adalah Block G (Malikai and Siakap North Petai), Block J (Gumusut) dan Kebabangan Cluster.

Website: http://www.conocophillips.com/

19. Jadestone Energy

Jadestone Energy Holdings Ltd, anak syarikat milik Jadestone Energy plc (Jadestone), sebuah syarikat berpangkalan di Singapura menjadi pelabur dan operator huluan (upstream) yang terbaru di Malaysia melalui pengambilalihan syarikat SapuraOMV Upstream (PM) Inc (SapuraOMV PM), anak syarikat SapuraOMV Upstream Sdn Bhd (SapuraOMV).

Website: https://www.jadestone-energy.com/

Berita berkaitan:

20. Dialog

Menurut Dialog dalam laman sesawangnya, syarikat berkenaan telah menjadi operator pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2011. Antara portfolio yang dipegang adalah lapangan Bayan yang terletak di luar pesisir Sarawak. Dialog mempunyai pengangan majoriti dalam Halliburton Bayan Petroleum Sdn. Bhd. (HBP) yang telah menandatangani kontrak Oilfield Service Contract (OSC) dengan Petronas Carigali Sdn. Bhd. bagi meningkatkan hasil pengeluaran lapangan tersebut

Website: https://www.dialogasia.com/

Berita berkaitan:

21. Roc Oil

Roc Oil Company Limited (ROC) adalah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpengkalan di Sydney, Australia. ROC mempunyai kepentingan sebanyak 30% di dalam PSC D24/D35/J4 yang terletak di luar pesisir Sarawak.

Website: http://www.rocoil.com.au/Assets/Malaysia/Overview.aspx

22. Rex International

Rex International Holding Limited merupakan firma minyak dan gas yang terlibat dalam penerokaan dan penghasilan (exploration & production) yang tersenarai di Singapore Exchange Securities Trading Limited’s Catalist Board.

Pada September 2021, Rex International, yang berpengkalan di Singapura, telah menandatangani dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Aset Lapangan Kecil (SFA) bersama Duta Marine Sdn Bhd (Duta Marine) untuk kluster Rhu-Ara dan Diwangsa di luar persisir Semenanjung Malaysia

Website: https://www.rexih.com/

Berita berkaitan: Petronas anugerahkan dua PSC kepada Rex International dan Duta Marine

23. Duta Marine

Duta Marine Sdn Bhd (Duta Marine) yang bekerjasama dengan Rex International, telah dianugerahkan dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Aset Lapangan Kecil (SFA) oleh PETRONAS untuk kluster Rhu-Ara dan Diwangsa di luar persisir Semenanjung Malaysia

Website: https://dutamarine.com/

Berita berkaitan: Petronas anugerahkan dua PSC kepada Rex International dan Duta Marine

24. Kufpec

Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC), anak syarikat Kuwait Petroleum Corporation, mempunyai pegangan ekuiti dalam beberapa blok PSC di seluruh Malaysia

Website: https://www.kufpec.com/en/

25. Petros

Petroleum Sarawak Berhad atau PETROS adalah syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan negeri Sarawak yang ditubuhkan pada 2018 bagi memacu penglibatan aktif kerajaan negeri dalam sektor minyak dan gas.

Berita berkaitan: Petros dan Petra-Uzma JV tandatangan kontrak perlombongan minyak di Sarawak

Website: https://www.petroleumsarawak.com/

26. TotalEnergies

TotalEnergies, sebelum ini dikenali Total, yang berpengkalan di Perancis, mempunyai pegangan kepentingan dalam beberapa blok offshore di Malaysia antaranya DW2E and SBN

Website: https://www.total.com/en/malaysia

27. Pertamina

hyu

Syarikat minyak dan gas Indonesia ini beroperasi di Malaysia sebagai pelabur dalam banyak blok offshore yang sedang mengeluarkan hasil petroleum di luar pesisir Sarawak dan Sabah dengan majoriti blok tersebut dikendalikan oleh PTTEP Malaysia sebagai operator

Website: https://www.pertamina.com/

28. PetroVietnam

PetroVietnam dan Petronas bersama-sama membangunkan lapangan minyak dan gas yang berada di sempadan perairan Malaysia-Vietnam.

Website:

29. Brunei Energy Exploration

Brunei Energy Exploration mempunyai 10% kepentingan dalam lapangan Timi yang terletak di luar pesisir Sarawak dengan Shell Sarawak sebagai operator blok berkenaan.

Berita berkaitan: Shell luluskan pelaburan terhadap lapangan Timi, Offshore Sarawak

30. MedcoEnergi

Menurut profil syarikat 2021, MedcoEnergi, sebuah syarikat berpengkalan di Indonesia, mempunyai pegangan kepentingan dalam satu blok yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia iaitu PM322.

Website: http://www.medcoenergi.com/en/home/index

31. MOECO Mitsui Oil Exploration

Syarikat dari Jepun ini mula memasuki Malaysia pada 2017 setelah memenangi bidaan ke atas blok SK405B bersama-sama PTTEP (sebelum ini Murphy Oil) dan Petronas Carigali. Syarikat ini mempunyai kepentingan 25.5 peratus ke atas blok berkenaan. Pada Mac 2021, PETRONAS mengumumkan telah membuat penemuan gas dalam blok tersebut melalui telaga penerokaan Sirung-1.

Website: https://www.moeco.com/en/

32. POSCO International

Pada November 2021, POSCO International mengumumkan telah menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi blok PM524 dengan rakan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd. Ini menjadikan POSCO International antara pemain industri upstream minyak dan gas terbaru di Malaysia.

Berita berkaitan: PETRONAS Awards PSC to POSCO International and PETRONAS Carigali

Website: https://www.posco.co.kr/homepage/docs/eng6/jsp/s91a0000001i.jsp

Sumber:

[1] Petronas.com; https://www.petronas.com/mpm/malaysia-oil-gas-landscape/about-oil-gas-landscape#