Velesto Peroleh Kontrak Drilling Rig Dari PCSB

0
2063
Source; Velesto Energy

Syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan, Velesto Energy Berhad harini mengumumkan menerima surat lantikan dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi kontrak drilling rig melalui anak syarikat miliknya, Velesto Drilling Sdn Bhd

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kumpulan syarikat berkata kontrak tersebut adalah bagi tempoh utama selama dua (2) tahun, yang dijangka bermula suku pertama 2022, dengan pilihan lanjutan satu(1) tambah satu (1) tahun.

Menurut kontrak berkenaan, Velesto akan menyediakan barisan rig milik syarikat berkenaan sebagaimana diperlukan oleh PCSB mengikut kesediaan rig dan kesesuaian berdasarkan keperluan PCSB.

Terdapat 7 rig NAGA dalam barisan jack up milik Velesto iaitu NAGA 2, NAGA 3, NAGA 4, NAGA 5, NAGA 6, dan NAGA 8.