PCSB berkerjasama dengan JX Nippon untuk bangunkan lapangan gas, offshore Terengganu

0
2086

PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) meterai perjanjian bersama JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation (JX Nippon) pada 5 Disember 2022 untuk berkerjasama dalam menghasilkan kertas cadangan bersama untuk membangunkan potensi gas di lapangan Bujang, Inas, Guling, Sepat dan Tujoh (BIGST) yang terletak di luar pesisir Terengganu.

Prospek BIGST yang ditawarkan adalah sebahagian dari Malaysia Bid Round (MBR) 2020 di mana tawaran tersebut menerima beberapa cadangan dari pihak yang berminat. PCSB dan JX Nippon disenarai pendek untuk tawaran tersebut berdasarkan kualiti penyertaan dan penawaran nilai unik atau ‘unique value propositions’.

Tawaran unik dari PCSB dan JX Nippon akan menjadi asas kepada rundingan perjanjian pengeluaran bersama atau PSC Kluster ini.

PCSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Hasliza Othman sementara JX Nippon diwakili oleh Pengarah Urusan, Ketua Wakil di Malaysia, Yasuto Ariga.

Majlis tandatangan ini disaksikan oleh Naib Presiden Kanan PETRONAS MPM, Mohamed Firouz Asnan dan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Sumber MPM, Aidil Shabudin.

Menurut Aidil, bekalan gas dari lapangan BIGST ini penting untuk jaminan tenaga di Semenanjung Malaysia memandangkan wujudnya potensi yang besar dalam kluster ini. Teknologi penyerapan dan penyimpanan karbon atau Carbon Capture and Storage (CCS) akan menjadi kunci dalam membangunkan lapangan ini berikutan kandungan karbon dioksida (CO2) yang tinggi dan akan menjadi projek CCS pertama di Semenanjung Malaysia

Kluster BIGST ini juga bakal menjadi pemangkin dalam mencambahkan lagi pembangunan lapangan yang tinggi bahan cemar di Semenanjung Malaysia yang tidak boleh dibangunakan sebelum ini disebabkan oleh kekurangan infrastuktur yang lengkap dalam mengendalikan CO2.

PCSB dijangka akan menyumbang kemampuannya dalam membangunkan projek CCS berdasarkan pengalamannya dalam projek Kasawari CCS yang telah diluluskan baru-baru ini. PETRONAS sekarang sedang bergerak ke arah aspirasi pengeluaran bersih sifar karbon atau Net Zero Carbon Emissions (NZCE) menjelang 2050 melalui kaedah pengurangan karbon ini.

Baca juga: PCSB anugerahkan kontrak projek Kasawari CCS bernilai RM4.5 billion kepada MMHE

JX Nippon Oil and Exploration (NOEX) adalah syarikat minyak dan gas dari Jepun yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran hasil petroleum. Di Malaysia, JX Nippon mengeluarkan hasil minyak dari Blok SK10, lapangan Layang dan Helang, offshore Sarawak.

Baca selanjutnya mengenai syarikat pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia di sini.