Velesto raih kontrak bagi Naga 2 dari Roc Oil

0
1371
Source; Velesto Energy

Velesto Energy Berhad mengumumkan memperoleh kontrak dari Roc Oil (Sarawak) Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pelantar penggerudian ‘jack-up’ dengan kontrak dianggarkan bernilai AS$14 juta (RM59 juta)

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak berkenaan diberikan kepada ‘Jack Up’ milik kumpulan berkenaan iaitu Naga 2

Kontrak tersebut adalah bagi menggerudi tiga (3) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula antara 25 Januari 2023 hingga 25 Februari 2023.

NAGA 2 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 350 kaki.

Velesto Energy Berhad merupakan penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan dengan segmen utamanya menyediakan pelantar penggerudian ‘Jack-up’ dan juga Hydraulic Workover (HWU).