Borr Drilling terima LOA untuk rig Gunnlod di Malaysia

0
2251
Borr Gunnlod

Borr Drilling mengumumkan terima “Letter of Award” atau LOA untuk rig jackup premium Gunnlod daripada syarikat operator yang tidak didedahkan di Malaysia

Kerja-kerja tersebut dijangka bermula sekitar suku keempat 2021 selama 105 hari, kesinambungan daripada kontrak sedia ada. LOA yang dijangka bakal diubah kepada kontrak dalam masa terdekat ini akan membolehkan rig berkenaan terus berkontrak sepanjang musim tengkujuh di Asia Tenggara sehingga suku pertama 2022

Menurut fleet status yang dikeluarkan oleh Borr Drilling, rig Gunnlod sedang mempunyai kontrak bersama PTTEP Malaysia dan dijangka berakhir September 2021, setelah PTTEP mengaktifkan pilihan lanjutan kontrak berkenaan yang sepatutnya tamat pada Mei 2021.

Untuk rekod, Gunnlod adalah rig jack up premium milik Borr Drilling yang dibina pada 2018 dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki.

Ketika ini, Borr Drilling mempunyai beberapa rig yang beroperasi di Malaysia antaranya adalah Gunnlod, Saga, Idun, dan juga satu berada dalam keadaan ‘warm stacked’ iaitu Mist.

Sumber : Borr Drilling