Petra Energy peroleh kontrak AWBOAT dari PCSB

1
1860

PETRA Energy mengumumkan telah menerima surat setujuterima (LOA) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi menyediakan Accomodation Work Boat (Awboat).

Dalam kenyataan pada Jumaat lalu, kumpulan syarikat berkata menerima LOA bagi Awboat 1060 – Petra Galaxy dan Awboat 1061 – Petra Orbit. Kedua-dua kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 255 hari bermula 17 Februari 2023 dengan pilihan lanjutan selama 60 hari.

Petra Galaxy dan Petra Orbit merupakan Awboat yang masing-masing mampu memuatkan sehingga 189 orang dalam satu masa.

1 COMMENT

Comments are closed.