MMHE raih kontrak EPC bagi Projek Rosmari-Marjoram dari Shell Sarawak Berhad

1
1512
Image courtesy mhb.com.my

Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), sebuah anak syarikat Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) harini mengumumkan memperoleh kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan platform untuk projek Rosmari-Marjoram, luar pesisir Sarawak dari Sarawak Shell Berhad (SSB)

Platform berkenaan bakal dibina terdiri daripada ‘topside’, jacket empat kaki dan cerucuk. Selesai pembinaan, platform tersebut akan dipasang di SK318, luar pesisir Sarawak pada kedalaman air 140 meter.

Platform ‘unmanned’ atau tanpa pemandu itu akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar.

Dengan jangka hayat binaan selama 20 tahun, platform berkenaan dijangka mampu menampung sehingga 800 juta kaki padu gas standard setiap hari, dengan ‘start-up’ dijangka pada 2026 dengan membekalkan gas asli ke Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.

Projek gas Rosmari-Marjoram kini diusahakan oleh SSB (Pengusaha Blok SK318) dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Sumber: MHB

1 COMMENT

  1. […] MMHE raih kontrak EPC bagi Projek Rosmari-Marjoram dari Shell Sarawak Berhad […]

Comments are closed.