ConocoPhilips dan PCSB peroleh ‘Exploration’ Blok offshore Sabah

0
1888
Petronas

Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 – PETRONAS anugerahkan Blok SB405, luar pesisir Sabah kepada ConocoPhillips East Malaysia Limited (COPEM), sebuah anak syarikat ConocoPhilips dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).

Penganugerahan penerokaan atau ‘exploration’ blok ini dijangka dapat merancakkan aktiviti penerokaan luar pesisir Sabah berikutan lebih banyak peluang pelaburan blok dalam negara.

Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau ‘Production Sharing Contract (PSC)’ untuk blok berkenaan ditandatangani pada harini, 19 Februari 2021 di mana PETRONAS, PCSB dan COPEM masing-masing diwakili oleh Mohamed Firouz Asnan, Naib Presiden Malaysia Petroleum Management; Emeliana Rice-Oxley, Naib Presiden Exploration Upstream, dan Erik Keskula, Presiden COPEM.

COPEM adalah operator untuk PSC Blok SB405, dengan kepentingan sebanyak 85 peratus manakala baki 15 peratus dipegang oleh PCSB. SB405 adalah penambahan terbaru kepada pegangan COPEM dalam lima (5) PSC di Malaysia, antaranya adalah Blok J, G dan Kebabangan yang terletak offshore Sabah dan juaga SK304 dan WL4-00 yang terletak offshore Sarawak.

Blok SB405 terletak di lembangan Utara Timur Sabah atau North East Sabah Basin, luar pesisir Sandakan, dengan keluasan seluas 5,857 Km persegi dan mempunyai kedalaman air sedalam 100 meter.

Terdahulu, PETRONAS menawarkan 13 Blok ‘Exploration’ kepada pelabur yang berminat dalam pusingan bidaan 2021 yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2021.

Sumber: PETRONAS