PETRONAS tawarkan 13 Blok ‘Exploration’ untuk sesi bidaan 2021

0
1165
Petronas

Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 – PETRONAS harini mengumumkan akan menawarkan 13 blok penerokaan luas pesisir (offshore exploration block) Malaysia pada sesi bidaan Malaysia Bid Round (MBR) yang akan dilancarkan pada 26 Februari 2021.

Antara yang ditawarkan adalah enam medan yang sudah ditemui kepada pelabur untuk menjalankan aktiviti exploration yang lebih meluas di dalam blok-blok berkenaan. MBR pada tahun ini juga menyaksikan penawaran empat blok laut dalam (deepwater) bersebelahan pesisir Sarawak dan Sabah yang sudah menyaksikan penemuan hasil (discoveries) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Acara MBR 2021 akan diadakan secara maya di Kuala Lumpur dan akan dipancarkan ke tiga pasaran yang berbeza iaitu Amerika Utara, United Kingdom dan Eropah dan juga Asia Pasifik. Bertemakan ‘Grow your Energy Portfolio with Us’, MBR 2021 bertujuan bagi menarik para pelabur dengan keupayaan yang tersendiri untuk membuka potensi penuh hasil hidrokarbon di Malaysia.

Mohamed Firouz Asnan, Naib Presiden PETRONAS bagi Malaysia Petroleum Management (MPM), berkata bahawa MBR 2021 bakal menampilkan penambahbaikan yang ketara termasuklah blok yang lebih luas di samping pilihan bidaan yang fleksible dan kos permulaan yang rendah.

Kami juga akan menawarkan terma fiskal yang baru untuk diaplikasi di dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran “Production Sharing Contracts (PSC)” seperti Enhanced Profitability (EPT) untuk blok shallow water, Late Life Assets (LLA) dan Small Field Assets (SFA) yang dicipta bersesuaian dengan risiko dan ganjaran pelaburan untuk aset-aset yang ada.

Terma fiskal yang baru diperkenalkan ini diformulasikan berdasarkan maklum balas yang yang diterima dari pemain industri, mengambil kira keadaan pasaran, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab minyak dan gas dalam pasaran Asia Tenggara yang kian berkembang. Di samping terma fiskal yang diperbaharui, Malaysia juga menawarkan sambungan jaringan yang bagus dengan infrastruktrur yang bertaraf dunia.

MBR adalah acara bidaan tahunan yang dianjurkan oleh PETRONAS untuk menawarkan kepada para pelabur dengan pelbagai peluang dari bermula dengan blok exploration, discovered resources hinggalah kepada late life assets di samping peluang kajian untuk meningkatkan portfolio tenaga dan mencipta nilai.

Meskipun MBR tahun ini memfokuskan kepada blok ‘exploration’, namun peluang untuk ‘late life assets’ dan ‘small field’ sentiasa ada setiap masa. Di samping mengeluarkan dan menguruskan ‘Petroleum Arrangement’ di Malaysia, PETRONAS juga berperanan membentuk landskap industri minyak dan gas tempatan dan menarik pelaburan dengan mengetuai segala aktiviti upstream di Malaysia.