Dayang Enterprise umum pelanjutan tempoh kontrak dari ROC Oil sehingga Disember 2024

2
1507
Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB), umumkan anak syarikatnya iaitu Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) memperoleh perubahan kontrak dan pelanjutan tempoh kontrak bagi kerja-kerja perkhidmatan Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pentauliahan bagi SIPROD/Infill Drilling Campaign ROC Oil (2019-2023) dari ROC Oil (Sarawak) Sdn Bhd (“ROC”).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Dayang Enterprise berkata nilai kontrak tersebut berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh ROC sepanjang tempoh kontrak berjalan.

Tempoh lanjutan kontrak adalah bagi tempoh satu (1) tahun lima (5) bulan bermula 17 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2024.

Pada Mei 2019, kumpulan syarikat mengumumkan mendapat kontrak bagi kerja-kerja perkhidmatan Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pentauliahan bagi SIPROD/Infill Drilling Campaign ROC Oil (2019-2023) dari ROC Oil (Sarawak) Sdn Bhd (“ROC”) bagi tempoh empat (4) tahun bermula 13 Mei 2019 sehingga 16 Julai 2023 dengan pilihan lanjutan tempoh kontrak selama setahun.

2 COMMENTS

Comments are closed.