Velesto Energy dapat kontrak dari PTTEP untuk Naga 3

0
1167
Source; Velesto Energy

Velesto Energy Berhad (“VEB”) mengumumkan bahawa Velesto Drilling Sdn Bhd (“VED”), sebuah syarikat milik penuh Velesto Malaysia Ventures Sdn Bhd, yang juga anak syarikat VEB telah menerima Surat Setujuterima atau Letter of Award (LOA) dari PTTEP HK Offshore Limited, PTTEP Sabah Oil Limited and PTTEP Sarawak Oil Limited (secara umumnya dirujuk sebagai “PTTEP”) bagi Perkhidmatan Penyediaan Pelantar Penggerudian 10K “Jack Up” bagi projek penggerudian penerokaan PTTEP 2022-2023.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak tersebut adalah bagi salah satu pelantar penggerudian “Jack Up” milik kumpulan iaitu “NAGA 3” dengan nilai keseluruhan kontrak dianggarkan sekitar USD 13 juta atau bersamaan kira-kira RM 61 juta.

Kontrak tersebut adalah bagi menggali dua (2) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula pada Februari 2023.

NAGA 3 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 350 kaki.

Velesto Energy Berhad merupakan penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan dengan segmen utamanya menyediakan pelantar penggerudian ‘Jack-up’ dan juga Hydraulic Workover (HWU). Syarikat mengendalikan sebanyak enam (6) unit Jack Up iaitu NAGA 2, NAGA 3, NAGA 4, NAGA 5, NAGA 6, dan NAGA 8.

PTTEP merupakan anak syarikat PTT Exploration and Production Public Company Ltd, sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas yang berpengkalan di Thailand.

Lihat senarai syarikat pengeluar minyak dan gas yang beroperasi di Malaysia di sini.