Dayang Opal peroleh kontrak lanjutan dari Shell Sarawak

0
1566
Image Source: Dayang Enterprise

Dayang Enterprise mengumumkan peroleh kontrak lanjutan untuk dari Sarawak Shell Berhad.

Menurut satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat kumpulan berkenaan, Dayang Enterprise Sendirian Berhad (DESB) untuk penyediaan satu unit accomodation work boat – Dayang Opal.

Kontrak berkenaan diperoleh dibawah kontrak payung untuk perkhidmatan kapal sokong luas pesisir pantain (offshore support vessels) untuk aktiviti projek dan penggerudian (drilling) bagi Petronas’ Petroleum Arrangement Contractors (PAC).

Nilai kontrak berkenaan adalah berdasarkan arahan kerja (work orders) daripada SSB sepanjang tempoh lanjutan kontrak yang berkuatkuasa 20 Mac 2021 sehingga 19 Mac 2022.

Sebelum ini, Dayang Enterprise mengumumkan peroleh kontrak lanjutan untuk perkhidmatan penyelenggaran (Topside Major Maintenance Services) untuk Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC)