Perunding Ranhill Worley peroleh kontrak Detailed Engineering Design dari MMHE bagi projek Kasawari CCS

0
1179
Sumber: Ranhill.com.my

Perunding Ranhill Worley (PRW), sebuah anak syarikat Ranhill, mengumumkan memperoleh kontrak Detailed Engineering Design dari Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) bagi projek Kasawari Carbon Capture & Storage (CCS).

Sebelum ini pada Julai 2022, Perunding Ranhill Worley mengumumkan memenangi kontrak bagi Front End Engineering Design (FEED) dari MMHE untuk projek yang sama.

Menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, PRW memberitahu sudah menerima Surat Setuju Terima Tender atau LOA pada 11 November 2022 dengan nilai kontrak RM50 juta.

Projek Kasawari CCS ini merupakan projek CCS luar pesisir pantai yang terbesar di dunia dengan kemampuan memerangkap 3 juta tan karbon dioksida (CO2) setahun. Sebuah pelantar CCS baru yang akan dibina dan ditempatkan bersebelahan Kasawari CPP dan dihubungkan melalui jambatan. CO2 yang dihasilkan ini akan dihantar melalui saluran paip sejauh 138km dan disuntik kedalam takungan gas yang sudah menyusut.

Pelantar tersebut akan dipasang di Blok SK316 yang terletak kira-kira 200KM dari Komplek LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.

Skop kerja PRW bagi projek termasuklah spesifikasi teknologi CO2, pertimbangan dan pemilihan, di samping skop reka bentuk dan kejuruteraan pembinaan pelantar, jacket, jambatan dan saluran paip.

Sebelum ini, MMHE mengumumkan menerima kontrak bernilai RM4.5 billion dari PCSB bagi projek Kasawari CCS.