Sapura Energy catat keuntungan RM146 Juta bagi suku pertama 2023

0
1423

Sapura Energy harini mengumumkan mencatatkan keuntungan RM146 Juta, peningkatan 58 peratus bagi suku pertama 2023 berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat tersebut berkata peningkatan keuntungan ini diperoleh berdasarkan peningkatan perolehan kumpulan kepada RM952 Juta berbanding RM886 Juta pada suku yang sama 2022.

Peningkatan perolehan ini disokong oleh beberapa faktor antaranya dengan bermulanya projek mega Kejuruteraan dan Pembinaan (Engineering and Construction) di Congo dan pendapatan yang berterusan dari penggunaan hampir sepenuhnya drilling rig milik kumpulan.

Menurut Anuar Taib, Ketua Operasi Eksekutif, strategi syarikat untuk mengerahkan aset-aset penting ke luar Malaysia, meningkatkan keupayaan untuk mendapatkan kontrak and menyiapkan projek bagi klien luar negara. Strategi ini membolehkan syarikat mengeksport tenaga mahirnya ke luar negara dan membawa pulang perolehan dalam matawang AS Dolar ke dalam negara.

Baca Juga: Pengalaman Training BOSIET Tahun 2023

Baru-baru ini, Sapura Energy mengumumkan telah memenangi kontrak bernilai RM1.4 Billion melalui segmen E&C, O&M dan Drilling di Eastern dan Western Hemisphere. Lebih daripada 70 peratus dari nilai kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja di luar Malaysia, sekaligus menunjukkan keupayaan kumpulan untuk mengembangkan sayapnya ke luar dari Malaysia.