Petronas anugerahkan dua PSC kepada Rex International dan Duta Marine

0
2040

PETRONAS telah menandatangani perjanjian menandatangani dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Aset Lapangan Kecil (SFA) kepada Rex International Holding Ltd (Rex International) dan Duta Marine Sdn Bhd (Duta Marine) untuk kluster Rhu-Ara dan Diwangsa di luar persisir Semenanjung Malaysia

Penganugerahan PSC menandakan kemasukan Rex International ke dalam sektor huluan minyak dan gas dengan kerjasama dengan syarikat tempatan, Duta Marine. Rex memiliki 95 peratus pegangan manakala Duta Marine dengan baki lagi 5 peratus pegangan dalam kedua-dua PSC tersebut. Rex mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pembangunan dan penghasilan dari lapangan kecil di Timur Tengah di samping dalam kerjasamanya di North Sea.

Rex International Holding Limited merupakan firma minyak dan gas yang terlibat dalam penerokaan dan penghasilan (exploration & production) yang tersenarai di Singapore Exchange Securities Trading Limited’s Catalist Board.

Menurut Petronas, lapangan-lapangan tersebut ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2020 (MBR 2020) berdasarkan syarat fiskal SFA yang diperkenalkan pada tahun yang sama yang merancakkan lagi komitmen PETRONAS dalam mendapatkan hasil dari sumber lapangan kecil yang telah dijumpai di perairan Malaysia

Kluster Rhu-Ara, yang meliputi lapangan Rhu dan Ara, terletak dalam Lembangan Penyu, 150km luar pesisir Kerteh, Terengganu. Kluster Diwangsa, yang terletak di barat laut Lemangan Melayu, terdiri daripada lapangan Diwangsa, Bubu, Korbu dan Lerek. Lapangan-lapangan ini yang telah ditemui sebelum ini mempunyai jumlah hasil yang boleh dikeluarkan sekitar 12.7 MMstb bagi kluster Rhu-Ara manakala 10.7 MMstb bagi Kluster Diwangsa. Kedua-dua kluster tersebut bersedia untuk dibangunkan di bawah syarat PSC SFA yang menggabungkan model fiskal dan proses tadbir urus yang ringkas.

Satu majlis tandatangan secara maya telah diadakan bagi kedua-dua PSCs SFA berkenaan. PETRONAS diwakili oleh Mohamed Firouz Asnan, Naib Presiden Kanan MPM manakala Rex dan Duta Marine masing-masing diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Dan Broström dan Pengarah, Mahyudden Abdul Wahab.

Mohamed Firouz berkata Petronas percaya akan kebolehan Rex yang terbukti dalam membangunkan lapangan kecil di luar negara dapat digunakan di lapangan Rhu Ara bagi menyerlahkan potensi Lembangan Penyu dan disusuli dengan pembangunan Kluster Diwangsa.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pemain baru yang dapat memberikan penyelesaian inovatif bagi memastikan jumlah kos kitaran hidup yang terendah dalam membangunkan peluang sumber yang telah dijumpai di Malaysia.”

“Kami juga teruja melihat syarat SFA telah berjaya menarik minat pelabur seterusnya mengukuhkan lagi usaha bagi menjadikan Malaysia hab pembangunan bagi pelabur-pelabur.” katanya lagi dalam satu kenyataan