PETRONAS anugerahkan South East Collins Cluster PSC kepada Vestigo

0
2638
Vestigo

Kuala Lumpur, 21 April 2021 – PETRONAS anugerahkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau Production Sharing Contract (PSC) untuk South East Collins Cluster kepada Vestigo Petroleum Sdn Bhd (Vestigo) di bawah terma Small Field Assets (SFA) yang baru diperkenalkan.

Kluster South East Collins terletak di kedalaman air sekitar 42 hingga 45 meter, 70km tenggara pulau Labuan. Kluster ini merangkumi dua medan iaitu South East Collins dan Lokan yang dijumpai pada 1980-an. Dengan jumlah pengeluaran dianggarkan sekitar 10MMstb, Kluster South East Collins sedia untuk dibangunkan di bawah terma SFA yang baru.

Kontrak Perkongsian Pengeluaran tersebut telah ditandatangani harini di mana PETRONAS dan Vestigo masing-masing diwakili oleh VP Senior PETRONAS Malaysia Petroleum Management, Mohamed Firouz Asnan dan Ketua Pegawai Eksekutif Vestigo, Hazanie Jamian.

Menurut Mohamed Firouz, penganugerahan medan kluster ini dibawah terma fiskal baru yang ditunggu-tunggu yang dijangka bakal merancakkan pembangunan dan pengeluaran lebih banyak medan kecil di masa hadapan. SFA PSC bertujuan mendapatkan pulangan dari peluang-peluang medan kecil yang ada di perairan Malaysia. Vestigo dipilih berdasarkan rekodnya sebagai ‘low cost operator’ dalam membangunkan dan mengendalikan medan-medan kecil.

Pihak kami mengalu-alukan operator yang berkepakaran dalam pembangunan medan kecil bagi mengembangkan kepakaran mereka di Malaysia. Bagi menjayakan kebanyakan medan-medan ini, kami memerlukan operator dengan mindset dan model perniagaan yang tepat untuk mengambil peluang terma-terma fiskal yang telah diubah dan bukan fiskal yang ditawarkan PETRONAS. Berikutan harga pasaran yang tidak menentu, operator-operator ini perlu melaksanakan penyelesaian yang inovatif bagi memastikan kos keseluruhan kekal rendah di sepanjang kitar hayat medan.

Vestigo merupakan anak syarikat PETRONAS Carigali Sdn Bhd, yang mengendalikan PSC Irong Cluster, PSC SK315, PSC PM355 dan RSC Tembikai Chenang. Selain itu, Vestigo juga mempunyai kepentingan dalam PSC PM9 dan PSC SK407.

Sumber: PETRONAS