Velesto raih kontrak drilling bernilai RM85 juta dari PCSB

0
1999
Source; Velesto Energy

Velesto Energy umumkan peroleh dua (2) kontrak bagi perkhidmatan jack up ‘drilling’ dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) menerusi anak syarikat milik penuh kumpulan berkenaan iaitu Velesto Drilling Sdn Bhd (VED)

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak berkenaan diberikan kepada ‘Jack Up’ milik kumpulan berkenaan iaitu Naga 2 dan Naga 5 dengan gabungan nilai kontrak berjumlah AS$20.76 juta bersamaan RM85 juta.

Jack-Up Drilling Rig “NAGA 2”

Bagi projek penggalian PCSB tersebut, kumpulan syarikat VEB menugaskan ‘NAGA 2’ bagi menggali tiga (3) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula sekitar 15 May 2021 hingga 15 Jun 2021.

NAGA 2 adalah jack up rig premium yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalama air sehingga 350 kaki.

Jack-Up Drilling Rig “NAGA 5”

Bagi projek penggalian PCSB juga, kumpulan syarikat VEB menugaskan ‘NAGA 5’ bagi menggali satu (1) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula sekitar 1 April 2021 hingga 14 April 2021.

NAGA 2 adalah jack up rig premium yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki.

Kontrak perkhidmatan disebutkan di atas dijangka mampu untuk menyumbang kepada perolehan syarikat dan aset bersih kumpulan VEB sepanjang tempoh kontrak untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021

BACA JUGA: Uzma wins Hydraulic Workover contract