Sapura Energy jual tiga rig kepada NKD Maritime Ltd

0
1025

Sapura Energy Bhd, mengumumkan akan melupuskan tiga pelantar penggerudian iaitu Sapura T-19, Sapura T-20 dan Sapura Setia kepada NKD Maritime Ltd pada harga AS$8.20 juta (RM35.14 juta).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.

Sapura T-19 dan Sapura T-20 merupakan pelantar penggerudi jenis ‘tender assisted drilling (TAD)’ manakala Sapura Setia pula merupakan pelantar penggerudi jenis ‘semi- tender assisted drilling (TAD)’.