PTTEP hasilkan pengeluaran gas pertama dari Block H, offshore Sabah

0
2200
Sumber: PTTEP

PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP), harini mengumumkan pengeluaran gas pertama atau “first gas” dari medan laut dalam Rotan dan Buluh yang berada dalam Block H Production Sharing Contract (PSC), offshore Sabah. Medan gas ini berada pada kedalaman air lebih 1100 meter. Projek ini akan berupaya meningkatkan bekalan tenaga tempatan dan meningkatkan jumlah jualan PTTEP sebagaimana dirancang.

Sumber: Natural Gas World

Menurut CEO PTTEP, Mr. Phongsthorn Thavisin, PTTEP Sabah Oil Limited, sebuah anak syarikat PTTEP, telah menyiapkan fasa pertama projek pembangunan Block H dan memulakan pengeluaran gas asli dari medan Rotan dan Buluh untuk disalurkan ke fasiliti PETRONAS Floating Liquefied Natural Gas 2 (PFLNG2) pada 6 Februari 2021. Sasaran kapasiti pengeluaran untuk projek ini adalah 270 juta standard cubic feet per day (MMSCFD).

“Kejayaan mengeluarkan first gas dari Block H ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran LNG tempatan dan menguatkan lagi portfolio pelaburan PTTEP di Malaysia. Kejayaan penghasilan ini juga menunjukkan kerjasama yang erat antara PTTEP and rakan kerjasama serta PETRONAS dalam mengumpulkan kepakaran dan teknologi untuk sampai ke tahap ini” katanya lagi.

PSC Block H berkenaan dikendalikan oleh PTTEP Sabah Oil Limited dengan kepentingan sebanyak 56 peratus di medan Rotan dan 42 peratus di kawasan selebihnya. Rakan kerjasama dalam PSC tersebut adalah PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. dan PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi.

Selain Block H, antara portfolio lain PTTEP di Malaysia termasuklah Block K, SK 309 and SK 311, dan the Malaysia–Thailand Joint Development Area (MTJDA) yang mana sudah mengeluarkan hasil manakala SK 417, SK 314A, SK 438, SK 405B, SK 410B, PM 407 dan PM 415 adalah projek penerokaan (exploration). PTTEP, menerusi PTT Global LNG Company, juga mempunyai kepentingan sebanyak 10% dalam LNG Train 9 sebahagian dari Malaysia LNG Complex di Bintulu.