McDermott dapat kontrak Offshore Transportation & Installation dari Sarawak Shell Berhad

0
1162

Baru-baru ini, McDermott mengumumkan memperoleh kontrak Offshore Transportation and Installation dari Sarawak Shell Berhad bagi lapangan F22, F27 dan Selasih fields (FaS)  bagi projek pipelay dan heavy lift, luar pesisir Sarawak

Menurut syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu, skop kerja kontrak tersebut melibatkan penyediaan perkhidmatan “Transportation & Installation” atau pengangkutan dan pemasangan bagi dua (2) segmen pipeline dan satu bahagian pipelay.

Selain itu, syarikat berkenaan juga akan membuat kerja-kerja pra-pentauliahan atau pre-commissioning dan pemasangan tiga struktur jacket dan topside.

Presiden Kanan bagi Subsea and Floating Facilities, Mahesh Swaminathan berkata “ini merupakan projek keempat yang dilaksanakan bagi projek portfolio Subsea and Floating Facilities untuk Shell, sekaligus menggambarkan kekukuhan hubungan antara syarikat.”

“Bagi memastikan pelaksanaan projek yang berkesan, kami akan mengerahkan kepakaran kami dari pusat operasi Kuala Lumpur yang menyokong pelaksanaan projek subsea dan offshore seluruh dunia” katanya lagi.

Pengurusan dan pelaksanaan projek akan dijalankan di Malaysia, menggunapakai kepakaran tempatan. Pemasangan offshore akan menggunakan DLV2000, sebuah kapal heavylift dan pipelay serbaguna milik McDermott.

Mengenai McDermott

McDermott merupakan syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan bersepadu dalam industri tenaga.