Sapura Energy dapat kontrak RM1 billion

0
2849

Sapura Energy harini mengumumkan memperoleh kontrak bernilai RM1 billion bagi syarikat kejuruteraan dan pembinaan milik penuh kumpulan berkenaan.

Malaysia

Kontrak Perubahan Kerja bagi Kontrak Sedia Ada antara anak syarikat Mubadala Petroleum, MDC Oil & Gas (SK320) Ltd dan Sapura Fabrication Sdn Bhd

Sapura Fabrication Sdn Bhd telah menerima kontrak perubahan kerja -ePCIC bagi fasiliti Gas and Condensate Mercury Removal Unit (MRU) di bawah kontrak sedia ada bagi kontrak EPCIC projek pembangunan Pegaga oleh Mubadala Petroleum

Skop kerja perubahan kerja ini termasuklah ePCIC bagi fasiliti ‘Gas and Condensate MRU’ melibatkan pengurusan projek, kejuruteraan, perolehan, subkontrak meliputi teknologi dan peralatan MRU, pembinaan dan pembuatan, pengangkutan dan pemasangan, hook-up & commissioning bagi fasiliti ‘Gas and Condensate MRU’ Pegaga Integrated Central Processing Platform

Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja yang dijalankan offshore Sarawak dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2022.

Kontrak bagi kerja EPCC untuk Fasa 4A Pembangunan Penuh Fasiliti Medan North Malay Basin dari Hess Exploration and Production Malaysia

Sapura Fabrication Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak dari Hess Exploration and Production Malaysia B.V. bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaaan dan commissioning bagi Fasa 4A Pembangunan Penuh Fasiliti Medan North Malay Basin (NMB)

Skop kerja tersebut melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan bagi

a) Wellhead Platform bagi Kangsar (“KGA’), Dahlia (“DLA”) dan Teratai (“TRT”),
b) Saluran paip bersaiz 18″ termasuk riser sepanjang 51km dari KGA Wellhead Platform A ke Bergading CPP
c) Dua (2) saluran paip fleksibel bersaiz 10″
d) Pakej Dasar Laut (Subsea) yang meliputi Subsea In-line tee (“ILT”) Skids, Subsea Isolation Valves System (“SSIV”) Skid, Riser Clamps, Buckle Trigger dan Riser Splash Zone Joint
e) Fasiliti lain yang diperlukan bagi menghasilkan gas dari KGA, DLA dan TRT Wellhead Platform
f) Kerja-kerja pengubahsuaian ‘brownfield’ yang diperlukan bagi menghubungkan ke CPP dan pengawasan serta sistem telekomunikasi

Kerja-kerja ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2025

Kontrak Bekalan, Penyelenggaran, Penghantaran,Pemasangan, dan Pentauliahan bagi Total Management System dan SETEL bagi Stesen Petronas dari Petronas Dagangan Berhad

Sapura Technology Solutions Sdn. Bhd. menerima kontrak bagi Bekalan, Penyelenggaran, Penghantaran, Pemasangan, dan Pentauliahan bagi Total Management System dan SETEL bagi Stesen Petronas dari Petronas Dagangan Berhad

Skop kerja kontrak berkenaan meliputi pembekalan dan penyelenggaraan keseluruhan sistem pengurusan bagi sistem titik jualan dan automasi di semua stesen minyak Petronas untuk tempoh 18 bulan berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Arahan Kerja bagi Projek Pembangunan Bakau NAG dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd

Sapura Offshore Sdn Bhd diberikan arahan kerja bagi projek pembangunan Bakau NAG di bawah Kempen Pengangkutan dan Pemasangan Kemudahan Luar Pesisir 2021 Pan Malaysia oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Skop arahan kerja di bawah projek pembangunan Bakau NAG adalah termasuk mobilisasi aset, pengurusan projek, pengantaraan, pengangkutan dan pemasangan, ‘survey’ sebelum dan selepas, prapengoperasian saluran paip, pemunggahan anode jaket serta kerja pilihan lain seperti yang ditentukan dalam arahan kerja bagi 2021.

Arahan Kerja bagi Fasa 2 Projek Pembangunan Gas Bayan dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd

Sapura Offshore Sdn Bhd juga diberikan arahan kerja bagi Fasa 2 Projek Pembangunan Gas Bayan dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd di bawah Kempen Pengangkutan dan Pemasangan Kemudahan Luar Pesisir 2021 Pan Malaysia oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Skop arahan kerja di bawah projek pembangunan Bakau NAG adalah termasuk mobilisasi aset, pengurusan projek, pengantaraan, pengangkutan dan pemasangan, ‘survey’ sebelum dan selepas, prapengoperasian saluran paip, serta kerja pilihan lain seperti yang ditentukan dalam arahan kerja bagi 2021.

Brunei

Skop Kerja Pilihan bagi Kejuruteraan dan Pembinaan Wellhead Platform bagi Projek Egret East di bawah kontrak EPCI Projek Salman

Sapura Fabrication Sdn Bhd telah dianugerahkan skop kerja pilihan bagi kerja-kerja Kejuruteraan dan Pembinaan Wellhead Platform bagi Projek Egret East dari Brunei Shell Petroleum Company Sdn. Bhd di bawah kontrak EPCI yang dimeterai antara BSP dan SFSB pada 30 Ogos 2019

“Skop kerja pilihan adalah bagi kejuruteraan, pemerolehan, dan pembinaan platform kepala telaga termasuk muatan, pengikatan kargo dan pasca pemasangan dan pengoperasian bagi projek Egret East.

“Kerja-kerja itu dijangka siap pada suku kedua tahun kewangan 2023,” kata Sapura Energy.