Icon Offshore umum jual rig PP101

0
1228

Icon Offshore Berhad umumkan jual Perisai Pacific 101 kepada Ades Saudi Limited Company pada harga USD85 juta bersamaan RM385.48 pada kadar tukaran wang asing USD1:RM4.535 secara tunai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan harini, syarikat berkenaan memaklumkan penjualan itu telah dimuktamadkan susulan pengumuman cadangan penjualan yang dibuat pada 30 Ogos 2022 dan 11 Oktober 2022.

Pelantar penggerudian atau ‘rig’ Perisai Pacific 101 ini telah dibeli Icon offshore pada Oktober 2020 dengan harga USD 42.54 juta bersamaan RM 177 Juta dari Perisai Drilling Holdings Sdn Bhd (PDHSB), yang mana merupakan syarikat milik penuh Perisai Petroleum Teknologi Berhad (PPTB).

Baca juga: Icon Offshore umum pembelian rig PP101 dari Perisai Petroleum dan Icon Offshore raih kontrak drilling dari ConocoPhilips

PP101 adalah “jackup rig” yang dibina pada 2014 di PPL Shipyard, Singapore dengan design Pacific Class 400 dan berdaftar di Port Klang.

Ades Saudi Limited merupakan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas yang beroperasi di Timur Tengah dan Afrika.