TechnipFMC raih kontrak dari PCSB untuk Projek Deepwater Limbayong

0
2473
Courtesy: TechnipFMC

TechnipFMC, melalui anak syarikatnya, FMC Wellhead Equipment Sdn. Bhd. (TechnipFMC), mengumumkan memperoleh kontrak bagi front-end engineering design, and integrated engineering, procurement, construction, installation and commissioning of subsea production system, umbilicals, risers and flowlines (iEPCI™) dari Petronas Carigali Sdn Bhd untuk projek pembangunan laut dalam Limbayong.

Kontrak tersebut bagi pembangunan 10 deepwater wells dan tieback kepada unit Floating Production Storage and Offloading (FPSO) Limbayong di Malaysia. TechnipFMC akan merekabentuk, membina, menyediakan dan memasang peralatan subsea termasuklah subsea trees, manifolds, umbilicals, flexible risers, flowlines, jumpers dan peralatan lain berkaitan subsea untuk projek berkenaan.

Projek tersebut akan dilakukan di pejabat TechnipFMC di Kuala Lumpur dan akan menggunapakai kilang pembuatannya di Malaysia.

Menurut Presiden Subsea TechnipFMC, Jonathan Landes, dalam satu kenyataan berkata: “Kami sangat gembira dan berbesar hati kerana dipilih oleh Petronas Carigali untuk membangunkan medan laut dalam (deepwater) ini. Kami komited kepada Petronas Carigali dan kepada industri minyak dan gas tempatan. Kontrak iEPCI™ ini mengabungkan penyelesaian subsea bersepadu kami dengan produk Subsea 2.0™ kami, menyerlahkan nilai tambah unik kami dan tawaran bersepadu yang lengkap

Pada 2014, PETRONAS mengumumkan minyak (oil discovery) di medan Limbayong menerusi telaga Limbayong-2.