3 Syarikat Fabrication Platform Oil & Gas di Malaysia

0
2098
Sumber: MMHE https://mhb.com.my/solutions/offshore/

Apabila syarikat minyak dan gas seperti PETRONAS, PTTEP, ExxonMobil dan Shell mengumumkan untuk membina pelantar minyak dan gas yang baru di luar pesisir negara kita, syarikat “operator” ini akan memgeluarkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembuatan dan pemasangan atau lebih dikenali sebagai EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commissioning) kepada syarikat kontraktor minyak dan gas yang berjaya dalam proses bidaan mereka.

Kerap kali kami melaporkan di laman web kami mengenai kejayaan syarikat-syarikat ini memperoleh kontrak bagi kerja-kerja berkenaan.

Baru-baru ini, Malaysia Marine Heavy Engineering Sdn Bhd mengumumkan memperoleh kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan platform untuk projek Rosmari-Marjoram, luar pesisir Sarawak dari Sarawak Shell Berhad (SSB)

Artikel Berkaitan: Introduction to Oil & Gas: Type of Offshore Production Platform

Tahukah anda terdapat beberapa syarikat kontraktor gergasi tempatan di Malaysia yang mempunyai keupayaan bagi membina pelantar minyak dan gas. Kali ini, kita melihat kepada tiga (3) dari syarikat-syarikat tersebut.

1.Malaysia Marine Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE)

Image courtesy mhb.com.my

MMHE merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sektor pembuatan struktur pelantar minyak dan gas di Malaysia. Pada Oktober 2022, MMHE umum peroleh kontrak dari Sarawak Shell Berhad (SSB) bagi platform Rosmari-Marjoram. Manakala pada April 2021, syarikat tersebut memenangi kontrak bernilai sekitar RM1 Billion dari SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc bagi projek SK408W Jerun.

Memetik maklumat di laman webnya , syarikat yang beroperasi di selatan tanah air ini telah menyiapkan ratusan fasiliti offshore yang terdiri daripada Wellhead Platform (WHP) Topsides, Central Processing Platform (CPP) Topsides, Jacket,Tension Leg Platform (TLP) dan SPAR. Antaranya adalah:

  • Gumusut-Kakap Semi-Submersible Floating Production System (Fasiliti Deepwater paling besar di Asia)
  • Malikai TLP
  • Kikeh Truss Spar
  • Bergading CPP
Kasawari WHP Loadout. Courtesy: MMHE

2. Sapura Fabrication Sdn Bhd

Sapura Fabrication Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat Sapura Energy Berhad yang memfokuskan kepada segmen pembuatan fasiliti offshore dan menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh dalam bidang EPCIC ini. Dengan kapasiti Fabrication Yard seluas 273 ekar, syarikat yang berpankalan di Lumut, Perak ini telah menyiapkan pelantar minyak dan gas bagi pelbagai syarikat dan projek dalam dan luar negara.

Antara kontrak terbaru yang diumumkan adalah projek bagi kontrak bagi kerja EPCC untuk Fasa 4A Pembangunan Penuh Fasiliti Medan North Malay Basin dari Hess Exploration and Production Malaysia yang terdiri dari Wellhead Platform bagi Kangsar, Dahlia dan Teratai

Sumber: Sapura Energy https://sapuraenergy.com/media-centre/photo-library/

3. OceanMight Sdn Bhd

Source: OceanMight

OceanMight merupakan anak syarikat cabang minyak dan gas kepada KKB Engineering Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan Bursa Malaysia. Berbeza dengan MMHE dan Sapura yang beroperasi dari yard di Semenanjung Malaysia, yard fabrikasi OceanMight, yang berkeluasan 70 ekar, terletak di Muara Tebas, Kuching, Sarawak berhadapan Laut China Selatan.

Berdasarkan maklumat di laman web syarikat, antara projek terbaru yang berjaya disiapkan adalah EPC bagi flare platform untuk projek Kasawari dan EPCC bagi topside Pemanis Satelite (PESA).