6 Basic PPE untuk pekerja oil & gas

0
9989
6 Basic PPE Offshore

Menurut statistik kemalangan pekerjaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) atau lebih dikenali sebagai DOSH, terdapat 193 kematian dicatatkan dari Januari hingga November 2020 yang melibatkan semua sektor industri di seluruh Malaysia.

Pekerja oil & gas terutamanya yang berada di site terdedah kepada risiko dan hazard yang pelbagai dalam kerja-kerja seharian. Antaranya;

  • Kebakaran dan letupan (Fire & explosion)
  • Barang jatuh (Dropped object)
  • Jatuh dari tempat tinggi (Working at height)
  • Tekanan tinggi (High pressure)
  • Mengangkat barangan (lifting)
  • Ruang terkurung (Confined Space)
  • Dan banyak lagi

Untuk melindungi diri dari marabahaya ini semasa bekerja, pekerja diwajibkan untuk memakai pakaian perlindungan keselamatan atau PPE sewajarnya. Tidak dinafikan, peraturan keselamatan dalam bidang oil & gas adalah ketat berbanding industri-industri lain. Majikan bertanggungjawab dalam menyediakan peralatan keselamatan yang baik dan mencukupi kepada pekerja agar kemalangan dapat dielakkan.

Terdapat enam (6) pakaian perlindungan keselamatan atau PPE yang wajib untuk semua ketahui namun ada juga tambahan PPE yang perlu dipakai bersesuaian dengan kerja-kerja yang dilakukan.

1Coverall (Protective Clothing)

Pada masa sekarang, coverall sudah diwajibkan secara meluas di atas semua fasiliti offshore. Ia dipakai bertujuan untuk melindungi badan dan kulit kita dari terkena hazard seperti kebakaran, benda tajam, permukaan panas, dan banyak lagi.

One piece coverall adalah recommended untuk digunakan di semua fasiliti tempat kerja. Warna coverall bergantung kepada syarikat dan pelbagai, namun kebanyakannya berwarna kuning, merah, hijau, biru dan jingga (oren).

2Topi Keselamatan (Safety Helmet)

Pemakaian safety helmet atau hard hat boleh mengelakkan kecederaan sekiranya terdapat objek yang jatuh dari tempat tinggi atau terlanggar hadangan di paras kepala.

3Sarung Tangan (Hand Gloves)

Kebanyakan kemalangan dan kecelakaan terjadi di tempat kerja melibatkan tangan dan jari (atau lebih dikenali sebagai Hand & Finger Injury). Selalu kita lihat safety campaign di platfrom, rig atau vessel melibatkan topik ini. Gloves yang dipakai bertujuan melindungi tangan kita dari kecederaan akibat terkepit (pinch), permukaan panas (hot surface), bahan kimia, dan lain-lain hazard.

4Kasut Keselamatan (Safety Boot)

Penggunaan kasut keselamat adalah amat penting ketika bekerja di lapangan untuk mengelakkan dari tergelincir dan terjatuh (slip & trip) dan juga melindungi kaki kita dari kecederaan akibat terlanggar benda keras atau tajam, dan menahan sebarang hentaman kepada kaki. Sudah tentu, jenama Red Wing menjadi pilihan ramai.

5Kaca Mata Keselamatan (Safety Glass)

Ketika bekerja atau berada di tempat kerja, terdapat risiko terdedah impak mekanikal yang kuat seperti serpihan atau alat yang berterbangan pada kelajuan yang tinggi serta risiko percikan cecair kimia yang boleh mencederakan mata.

6Ear Plug

Disebabkan terdapat banyak alat dan mesin yang mengeluarkan bunyi pada tahap tinggi dan pekerja boleh terdedah kepada bunyi tersebut pada tempoh yang agak lama, penggunaan earplug adalah disarankan bagi membantu melindungi pendengaran. Kebiasaanya, sesebuah fasiliti akan menyediakan earplug dalam jumlah yang banyak dan diletakkan di dalam dispenser untuk kegunaan seharian pekerja.

Standard dan Piawaian

Kena ingat, pastikan PPE yang dipakai mengikut standard dan spesifikasi yang ditetapkan. Antara standard yang diguna pakai untuk PPE adalah

  • ANSI
  • DOSH Approved
  • EN
  • ASTM
  • BS EN
  • Dan banyak lagi

Saiz PPE yang dipilih harus menitikberatkan keselesaan si pemakai bagi menjamin cara kerja yang selamat dan tidak membataskan pergerakan.

Always Remember, Safety First!!

7Related