East Cendor capai pengeluaran ‘first oil’

0
2034
East Cendor_PP101

Kuala Lumpur, 30 Julai 2021 – PETRONAS mengumumkan lapangan East Cendor telah memulakan pengeluaran minyak setelah mencapai ‘first oil’ pada 23 Jun 2021. Lapangan East Cendor terletak di dalam blok PM304, yang terletak 140km luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Lapangan East Cendor telah dibangunkan dengan kerjasama Petrofac  (Malaysia) Limited (Petrofac), Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) PM304 di mana Petrofac merupakan pengendali bagi blok berkenaan.

East Cendor merupakan siri keempat dalam pembangunan blok PM304, selepas Cendor, West Desaru dan Irama. Projek tersebut melibatkan pembinaan satu Wellhead Platform (WHP) baru dan pemasangan pipeline baru sepanjang 6.3km menghubungkan lapangan berkenaan dengan FPSO Cendor yang sedia ada. Pengeluaran East Cendor dijangka mencapai sehingga 7,000 tong setiap hari yang akan memanjangkan lagi jangka hayat ekonomi Blok PM304.

Menurut Naib Presiden Kanan PETRONAS Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan, “Kejayaan ‘first oil’ East Cendor ini membuktikan bahawa kawasan Malay Basin ini masih belum matang lagi. Blok PM304 bermula sebagai satu pembangunan lapangan kecil dengan pengeluaran pertama dari lapangan Cendor sekitar tahun 2006. Namun, jumlah isipadu oil-in-place terus meningkat kepada jumlah yang besar berikutan usaha berterusan bagi menilai potensi sebenar blok berkenaan

Minyak mentah Cendor atau Cendor crude terkenal dengan kualiti yang ‘light’ dan ‘sweet’ dan pernah suatu ketikat diangkat sebagai yang termahal. Dengan kejayaan East Cendor ini, lebih banyak aktiviti pembangunan dijangka akan diteruskan bagi memaksimumkan pulangan dari Blok PM304.” katanya dalam satu kenyataan.