Shell jual kepentingan dalam PSC Baram Delta dan PSC SK307 kepada anak syarikat PETROS

0
1370
Shell

Sarawak Shell Berhad (“SSB”), anak syarikat kepada Shell plc, umumkan menjual pegangan kepentingannya dalam dua (2) kontrak perkongsian pengeluaran atau lebih dikenali sebagai Production Sharing Contracts (PSC) kepada Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd. (“PSEP”).

Jualan kepentingan tersebut melibatkan kepentingan 40% dalam Amended 2011 Baram Delta EOR PSC dan 50% kepentingan dalam PSC SK307 di mana SSB bukan sebagai pengendali atau operator bagi kedua-dua PSC itu.

Baki pengangan dalam kedua-dua PSC berkenaan dimiliki oleh pengendali lapangan tersebut iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB)

Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd. (“PSEP”) merupakan anak syarikat milik PETROS yang terlibat dalam industri huluan atau ‘upstream’ minyak dan gas di Sarawak.

Sejak Mac 2021, Shell telah mempertimbangkan cadangan untuk menjual kepentingannya dalam PSC Baram Delta, offshore Sarawak.

Pertimbangan asas bagi jualan tersebut adalah dengan jumlah USD475 Juta, dengan bayaran tambahan sehingga USD50 Juta antara 2023 dan 2024 bergantung kepada harga pasaran komoditi. Urus niaga jualan itu berkuatkuasa 1 Januari 2023 dan dijangka selesai awal 2023, tertakluk kepada penyelesai syarat, termasuklah antaranya kelulusan kawal selia dari PETRONAS serta persetujuan dari PCSB

Menurut Pengarah Huluan Shell, Zoe Yujnovich, keputusan ini diambil selaras dengan matlamat Shell untuk terus memberi tumpuan kepada portfolio syarikat. Tambahnya lagi, Malaysia kekal salah satu dari lapan kedudukan teras syarikat di dunia dan Shell akan terus memperkasakan kemajuan negara melalui pelaburan minyak dan gas yang diperlukan harini, selain dari peralihan kepada sistem tenaga rendah karbon.

Mengenai Baram Delta

Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011

PETRONAS Carigali mempunyai 60% kepentingan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 dan menjadi operator atau pengendali lapangan, manakala Sarawak Shell Berhad memegang baki 40% ekuiti. Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 dimeterai pada 2016, bertujuan memanjangkan jangka hayat dan meningkat tahap pengeluaran Baram Delta. Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 meliputi Bokor, Baronia, Fairley Baram, Bakau dan Siwa oil fields dan Tukau Timur dan medan gas Baronia.

SK307 PSC

PETRONAS Carigali mempunyai 50% kepentingan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) SK307 dan bertindak sebagai operator atau pengendali lapangan, manakala Sarawak Shell Berhad memegang baki 50% ekuiti. SK307 PSC ditandatangani pada 1997 dan sekarang menghasilkan pengeluaran dari medan minyak Baronia Barat