Insiden Kebakaran di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP)

0
898
Foto Ihsan: Bernama

PETRONAS dalam satu kenyataan harini mengesahkan insiden kebakaran yang berlaku melibatkan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berhampiran KP 132 di Lawas, Sarawak pada lewat tengah hari ini.

Insiden dipercayai berpunca daripada kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak ketiga berdekatan kawasan izinlalu (Right-of-Way) SSGP dan kerja-kerja tersebut tiada kaitan dengan operasi saluran paip tersebut. Laporan polis telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

PETRONAS telah menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitar.

Astro Awani harini melaporkan terdapat kejadian letupan paip di Lawas yang mengakibatkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur.

Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan.

Sumber: PETRONAS & Astro Awani