Shell Pertimbang Jual Kepentingan dalam PSC Baram Delta, offshore Sarawak

0
2461
Shell

Sebahagian daripada usaha rasionalisasi portfolio global, Shell pertimbang untuk menjual kepentingan bukan operasinya (non-operated) di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 dan SK 307 PSC

Aset yang terletak di luar pesisir Sarawak, Malaysia itu dikendalikan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Sarawak Shell Bhd sebagai rakan niaga bukan operasi.

Keputusan ini adalah sejajar dengan strategi Kumpulan Shell bagi perniagaan upstream untuk menjadi lebih fokus dan meningkatkan daya tahan dan daya saing syarikat.

“Shell akan terus komited untuk menyokong operator bagi memastikan operasi yang selamat dan lancar sehingga selesainya penjualan kepada pembeli” katanya dalam satu kenyataan

BACA: Pencapaian Besar PETRONAS pada 2020

Tambahnya lagi, Malaysia kekal menjadi negara penting kepada kumpulan itu dengan kehadiran yang kukuh dalam sektor operasi huluan, gas-kepada-cecair, hiliran dan perniagaan.

Perniagaan huluan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai satu daripada sembilan Unit Prestasi Teras Huluan Shell di seluruh dunia.

Shell telah menjadi rakan kepada kemajuan negara sepanjang 130 tahun beroperasi di negara ini, menyumbang kepada kejayaan dalam industri tenaganya, pembangunan tenaga kerja rakyat Malaysia dan masyarakat.

Syarikat itu berkata ia akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa masa depan Malaysia menerusi penyelesaian tenaga lebih bersih, inovatif dan berdaya saing.

Mengenai Baram Delta

Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011

PETRONAS Carigali mempunyai 60% kepentingan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 dan menjadi operator atau pengendali lapangan, manakala Sarawak Shell Berhad memegang baki 40% ekuiti. Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 dimeterai pada 2016, bertujuan memanjangkan jangka hayat dan meningkat tahap pengeluaran Baram Delta. Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Baram Delta EOR Pindaan 2011 meliputi Bokor, Baronia, Fairley Baram, Bakau dan Siwa oil fields dan Tukau Timur dan medan gas Baronia.

SK307 PSC

PETRONAS Carigali mempunyai 50% kepentingan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) SK307 dan bertindak sebagai operator atau pengendali lapangan, manakala Sarawak Shell Berhad memegang baki 50% ekuiti. SK307 PSC ditandatangani pada 1997 dan sekarang menghasilkan pengeluaran dari medan minyak Baronia Barat.

Sumber: Bernama, Shell